Blue Screen of Death (BSoD)

15742

Skrin biru kematian (blue screen of death) atau BSoD merupakan suatu perkara yang tidak diingini ketika menggunakan komputer riba ataupun komputer. BSoD terjadi apabila Microsoft Windows mengalami ralat kritikal yang sukar untuk pulih, biasanya hasil daripada perisian (software) atau pengemudi (drivers) yang crash atau perkakasan (hardware) yang rosak.

Apakah Punca Blue Screen of Death (BSoD)?

BSoD, blue screen atau skrin biru, biasanya terjadi disebabkan oleh masalah dengan perkakasan, perisian, atau drivers komputer.  Bukan itu sahaja, BSoD juga boleh disebabkan oleh masalah dengan perisian low-level yang berlaku di kernel Windows. Aplikasi biasa tidak akan dapat menyebabkan skrin biru. Sekiranya aplikasi crash, ia akan berbuat demikian tanpa melibatkan sistem operasi dengannya.

Skrin biru berlaku apabila Windows menghadapi “STOP Error.” Kegagalan kritikal ini menyebabkan Windows crash dan berhenti bekerja. Satu-satunya perkara yang Windows boleh lakukan pada ketika itu ialah memulakan semula (restart) PC. Ini boleh menyebabkan kehilangan data kerana program tidak mempunyai peluang untuk menyimpan data mereka. Apabila BSoD berlaku, Windows secara automatik mencipta fail “minidump” yang mengandungi maklumat tentang crash yang telah berlaku dan menyimpannya ke cakera (disk) anda. Anda boleh melihat maklumat mengenai minidump ini untuk membantu mengenal pasti punca skrin biru.

Selain itu, paparan skrin biru juga berbeza bergantung pada versi Windows yang anda guna di komputer riba dan komputer anda. Dalam Windows 7 dan versi terdahulu, skrin biru kelihatan seperti skrin terminal, memaparkan semua jenis maklumat. Contohnya seperti di bawah:

Jika anda menggunakan Windows 8 dan 10, skrin biru tersebut adalah lebih mudah untuk difaham. Sebagai contoh:

Penyelesaian Masalah BSoD

Seperti yang telah dijelaskan, blue screen mempunyai banyak puncanya. Di bawah, kami akan jelaskan beberapa tip untuk menyelesaikan masalah ini:

  • Imbas Virus/Malware: Malware yang telah menyerang Windows dan kernel Windows pada tahap yang rendah boleh menyebabkan ketidakstabilan sistem. Imbas komputer anda untuk memastikan perisian berbahaya yang mempunyai virus/malware tidak menyebabkannya crash.
  • Pasang Drivers yang Dikemaskini: Drivers yang salah dipasang atau rosak boleh menyebabkan komputer crash. Muat turun drivers terkini untuk mengelakkan blue screen daripada terjadi. Hal ini kerana ada sesetengah blue screen disebabkan oleh masalah drivers.
  • Gunakan Pemulihan Sistem (System Restore): Jika sistem anda baru-baru ini mengalami blue screen, gunakan System Restore untuk melancarkan perisian sistem kembali ke keadaan sebelumnya. Jika ini berfungsi, bermakna blue screen yang terjadi adalah berpunca kerana masalah perisian.
  • Semak Masalah Perkakasan (Hardware): Skrin biru boleh disebabkan oleh perkakasan yang rosak di komputer anda. Cuba uji memori komputer anda untuk memastikan tiada sebarang kesilapan dan semak suhunya untuk memastikan ia tidak terlalu panas. Selain itu, anda juga boleh menguji komponen perkakasan lain.
  • Boot Ke Mod Selamat (Safe Mode): Jika skrin biru sering berlaku setiap kali anda menghidupkan komputer, anda boleh cuba boot ke mod selamat. Dalam mod selamat, Windows hanya memuatkan pemandu (drivers) penting. Oleh itu, mudah buat anda untuk mengatasi masalah skrin biru ini jika mod selamat diaktifkan.
  • Pasang semula (Reinstall) Windows: Bukan itu sahaja, anda juga boleh set semula Windows. Ia akan membuang segala perisian sistem yang telah sedia ada, dan akan menggantikannya dengan sistem Windows baru. Jika komputer anda masih mengalami skrin biru selepas ini, anda mungkin mempunyai masalah perkakasan.

Penutup

Sebuah komputer atau komputer riba yang dalam keadaan baik tidak akan mengalami skrin biru, namun tidak semua perkakasan dan perisian adalah sempurna. Sekiranya komputer anda kerap mengalami skrin biru, maka anda perlu melakukan sesuatu kerana ini bermakna komputer anda mempunyai masalah. Hal ini mestilah dielakkan agar anda dapat menggunakan komputer anda pada masa akan datang.

Selain itu, jika anda juga memerlukan servis untuk membetulkan komputer riba anda, jangan berasa segan silu untuk hubungi kami di talian +603 9544 1043 / +6019 60 555 60. Anda juga boleh kunjungi kami di website kami iaitu HSC Global Ventures

Kredit: HowToGeek