Kebaikan Memiliki Email & Domain Sendiri

26817

Sebagai pemilik syarikat, untuk memastikan kemajuan bisnes, nama perniagaan yang relevan adalah sangat penting. Oleh itu, apabila memulakan perniagaan, anda perlu meletakkan kreativiti anda untuk menghasilkan email dan domain yang menarik, mudah diingat dan nama yang menggambarkan perniagaan anda dengan lebih baik.

Bukan itu sahaja, nama perniagaaan anda juga akan diiktiraf sebagai jenama bisnes, maka penggunaan domain yang professional merupakan satu aspek yang mampu meningkatkan nilai jenama perniagaan anda. Buat yang tidak mengetahui apakah itu domain, anda boleh melayari ke blog kami di SINI untuk membaca dengan lebih lanjut.

Pada zaman sekarang, terdapat ramai pemilik syarikat yang berniaga masih lagi menggunakan servis e-mel percuma seperti Gmail & Yahoo Mail. Hal ini dapat menjejaskan bisnes kerana ia kelihatan tidak professional. Selain itu, anda juga akan kehilangan kepercayaan daripada pelanggan kerana penipu dan scammer sering menggunakan servis e-mel percuma.

Di Internet, nama domain anda adalah identiti unik anda. Mana-mana individu, perniagaan atau organisasi yang merancang untuk mempunyai online presence harus melabur untuk nama domain. Terdapat beberapa manfaat jika anda mempunyai email dan domain sendiri. Antaranya ialah:

Pengiktirafan dan Penjenamaan

Email yang mempunyai domain nama syarikat anda dapat mempromosi dan menggalakkan orang ramai untuk kenal tentang bisnes anda. Sebagai contohnya, john13@hscglobal.my . Ia sudah pasti membantu penerima email untuk mengenali bisnes anda.

Lebih Professional dan Kredibiliti

Dengan email yang mempunyai domain anda sendiri, anda akan kelihatan lebih professional di mata orang ramai. Selain itu, imej bisnes juga akan terjaga selain dapat meningkatkan kredibiliti syarikat perniagaan anda.

Lebih Mudah Dipercayai

Pada zaman sekarang, terdapat banyak kegiatan scam dan penipuan atas talian berleluasa. Oleh itu, jika anda hendak menjaga nama bisnes anda dan mudah untuk dipercayai oleh pengguna, anda hendaklah menggunakan email yang mempunyai domain anda sendiri. Dengan hal ini, para pengguna tidak akan teragak-agak untuk mempercayai bisnes perniagaan anda.

Lebih Teratur

Anda boleh membuat beberapa ID pada domain anda sendiri seperti ceo@hscglobal.my, contact@hscglobal.my, sales@hscglobal.my dan sebagainya. Selain itu, setiap pekerja juga boleh diberi ID berasingan dengan namanya. Dengan ini, perniagaan anda akan kelihatan lebih besar dan teratur dengan pelbagai jabatan untuk menangani isu-isu yang berbeza.

Harga Berpatutan

Terdapat pelbagai domain providers, seperti BlueHost, SiteGround dan DreamHost yang menawarkan domain email perniagaan dengan hanya beberapa ringgit setiap bulan. Ini termasuk mengurus dan menyimpan email anda dan juga nama domain itu sendiri. Dengan servis yang diberi, maka ianya boleh dikatakan amat berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Miliki Email dan Domain Anda Sendiri

Sudah ternyata banyak manfaat yang akan anda perolehi jika anda mempunyai email dan domain anda sendiri. Jadi, apa anda tunggu lagi? Dapatkan email dan domain anda sendiri dengan menghubungi kami di +603 9544 1043 atau +6019 60 555 60. Selain itu, anda juga boleh melayari laman web kami di HSC Global.