Kelebihan Menggunakan WordPress

149006_b92e_8

WordPress ialah satu platform atau medium yang digunakan untuk membina website. Salah satu sebab mengapa ia sangat popular adalah kerana ia merupakan satu platform yang fleksibel dan banyak kelebihan untuk membina website. Selain itu, ia juga mempunyai banyak plugins dan tema yang menarik. Menurut statistik, terdapat kira-kira 75 juta website yang telah didirikan dengan menggunakan WordPress oleh 409 juta pengguna.

Oleh itu, tidak hairanlah jika WordPress menjadi pilihan ramai. Selain itu, WordPress juga memiliki banyak kelebihan lain yang menyebabkan ianya popular. Dalam artikel kali ini, kami akan kupas beberapa kelebihan WordPress.

Percuma

Pada dasarnya, WordPress adalah percuma. Anda hanya perlu memuat turun ia sahaja. Apa yang perlu dibayar adalah hosting dan domain website anda. Selain itu, website WordPress juga boleh diubah dari segi penampilan dan fungsinya dengan sendiri.

Mesra Pengguna (User-friendly)

Inilah antara sebab utama mengapa WordPress menjadi pilihan ramai. Ini kerana sistemnya sangat mudah untuk digunakan oleh sesiapa saja walaupun anda buta IT. Sesetengah individu mengulas bahawa mereka cuma mengambil masa beberapa hari untuk faham dan mahir menggunakannya.

Selain itu, bahagian administrator juga mudah untuk difahami dan diakses, maka ianya memudahkan lagi urusan untuk menguruskan website anda.

Banyak Plugins

Salah satu kelebihan WordPress yang menarik adalah terdapat ribuan plugins yang boleh digunakan untuk website. Plugins ini adalah perisian yang mengandungi pelbagai fungsi yang boleh ditambah ke website WordPress. Sebagai contoh, ia boleh memperluas fungsi dan kebolehgunaan atau menambah ciri baru ke website anda. Plugins WordPress ditulis dalam bahasa pengaturcaraan PHP.

Terdapat banyak contoh plugins seperti plugins untuk membuat Contact Form, plugins untuk Butang Facebook dan sebagainya.

Menepati Website Standard

Selain itu, WordPress bukan hanya sekadar digunakan dalam website blogging sahaja, tetapi ia juga turut digunakan untuk membina website korporat. Terdapat banyak syarikat dan bisnes-bisnes besar sekarang yang menggunakan WordPress untuk membina website mereka. Jelaslah di sini bahawa WordPress mampu menjadi platform yang bagus untuk membina website. Jika anda ingin mengetahui pelbagai jenis website yang boleh dibina dengan menggunakan WordPress, boleh klik di SINI.

Mudah Dioptimumkan dengan SEO

SEO adalah sebuah medium untuk menjadikan blog dan website anda “popular”. Dengan menggunakan WordPress, cara mengoptimumkan website anda tidak rumit. Tanpa menambah sebarang plugin, anda sudah boleh menukar permalink pada halaman dan catatan blog, serta menambahkan alt teks ke imej di laman web.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan banyak plugin SEO berkualiti dalam repositori CMS ini, contohnya Yoast SEO .

Penutup

Terdapat banyak manfaat yang boleh anda dapat jika anda membuat website dengan WordPress. Selain pemasangan dan kemas kini yang mudah, ia juga menawarkan potensi tanpa had dengan plugins dan tema percuma.

Selain itu, tutorial untuk menggunakan WordPress juga banyak di Internet jika anda mempunyai sebarang masalah. 

Akhir kata, jika anda juga memerlukan servis untuk membetulkan komputer riba anda dan juga servis untuk membina website, jangan berasa segan silu untuk hubungi kami di talian +603 9544 1043 / +6019 60 555 60. Anda juga boleh kunjungi kami di website kami iaitu HSC Global Ventures