Langkah Mudah untuk Bina Website

Knowledge-base-part-3_technical-SEO

Pada zaman internet yang serba canggih ini, website adalah sangat penting dan diperlukan oleh sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi jika anda seorang peniaga. Website dibina untuk menyampaikan informasi dan maklumat terkini kepada orang lain dengan lebih cepat dan pantas. Selain itu, ia juga boleh menjadi sebuah medium untuk berjual beli.

Terdapat banyak jenis website yang dibina mengikut keperluan semasa seperti website personal, syarikat, perniagaan, kedai online dan banyak lagi kegunaan website yang ada pada hari ini.

Untuk membina website tidaklah leceh dan susah seperti yang disangka. Terdapat tiga langkah mudah untuk membina website.

Pilih Domain Website

Untuk memastikan website anda dapat dilayari di internet, anda perlu ada nama domain bagi website anda. Contoh nama domain yang popular adalah seperti www.facebook.com, www.google.com, www.youtube.com dan banyak lagi. Contoh terdekat juga adalah domain kami sendiri iaitu https://www.hsc-global.my/. 

Anda boleh pilih apa sahaja nama domain yang anda mahukan untuk website anda selagi ianya masih ada. Untuk memastikan ianya masih available, anda boleh rujuk di sini

Pilih Web Hosting

Web Hosting adalah tempat untuk simpan semua fail-fail berkaitan website anda seperti segala kandungan website seperti skrip/sistem/software, gambar, database, dan banyak lagi. Semua fail-fail penting dalam pembinaan website perlu anda muat naik ke dalam hosting barulah website anda akan dapat dilayari secara online. 

Jika anda mahu dapatkan web hosting yang stabil pada harga berpatutan, anda boleh gunakan web hosting dari BlueHost dan sebagainya. 

Bina Website

Setelah dua langkah di atas diperolehi, anda bolehlah mula untuk membina website anda. Terdapat banyak platform yang boleh digunakan, namun WordPress merupakan antara platform yang terbaik.

Hal ini kerana, dengan menggunakan WordPress, terdapat banyak kelebihan dan manfaatnya. WordPress juga mudah untuk digunakan selain ia mempunyai banyak plugins yang mampu membuatkan website anda gah.

Penutup

Kesimpulannya, untuk bina website, anda tidak perlu untuk bersusah-payah. Ini kerana, pada zaman sekarang, sudah banyak terdapat ilmu di internet.

Akhir kata, jika anda juga memerlukan servis untuk membetulkan komputer riba anda dan juga servis untuk membina website, jangan berasa segan silu untuk hubungi kami di talian +603 9544 1043 / +6019 60 555 60. Anda juga boleh kunjungi kami di website kami iaitu HSC Global Ventures