Perkakasan Utama Komputer

KOMPUTER

Komputer mungkin kelihatan berbeza pada luaran bergantung kepada model dan jenama, tetapi komponen yang dipasang adalah standard. Perbezaan utama di antara kebanyakan mesin adalah jenama perkakasan yang dipasang. Komponen perkakasan seperti kad video, pemproses (CPU), memori, papan induk (motherboard) dan cakera keras adalah sama untuk semua sistem komputer.

Dalam artikel kali ini, mari kenali beberapa perkakasan utama sesebuah komputer.

Central Processing Unit (CPU)

CPU adalah “otak” komputer. Hal ini kerana CPU merupakan komponen komputer yang bertanggungjawab untuk menafsirkan dan melaksanakan kebanyakan arahan daripada perkakasan dan perisian komputer lain.

Apabila pengguna memberi arahan seperti menaip di papan kekunci, CPU membaca kod yang terlibat dan mengembalikan respons kepada pengguna. CPU bekerja rapat dengan memori, yang merupakan komponen yang menghantar data yang tersimpan ke unit.

Intel dan AMD merupakan dua pengilang dan pengeluar terbesar CPU di dunia.

Papan Induk (Motherboard)

Setiap komponen disambung pada motherboard. Motherboard menerima kuasa dari bekalan kuasa komputer. Motherboard membolehkan semua komponen untuk berkomunikasi, termasuk CPU. Motherboard juga mengandungi pengawal (controllers), yang merupakan litar yang membantu sistem operasi berfungsi dengan perkakasan seperti cakera keras (hard drive). Motherboard juga boleh dianggap sebagai tulang belakang komputer yang mengawal semua komponen.

Random Access Memory (RAM)

RAM merupakan perkakasan fizikal di dalam komputer yang menyimpan data secara sementara, berfungsi sebagai memori “kerja” komputer. RAM mengandungi maklumat semasa komputer sedang dijalankan. Selepas komputer dimatikan, maklumat dalam RAM hilang.

RAM tambahan membolehkan komputer untuk bekerja dengan lebih banyak maklumat pada masa yang sama, namun, ia biasanya mempunyai kesan yang besar terhadap prestasi keseluruhan sistem.

Cakera Keras (Hard Drive)

Cakera keras adalah peranti perkakasan yang menyimpan data utama dan biasanya paling besar dalam komputer. Sistem operasi, tajuk perisian, dan kebanyakan fail lain disimpan dalam cakera keras. Selain itu, cakera keras juga kadang-kadang disebut sebagai “C Drive” disebabkan oleh Microsoft Windows.

Berbeza dengan RAM, cakera keras menyimpan datanya walaupun komputer dimatikan. Inilah sebabnya mengapa data anda masih boleh diakses walaupun anda telah mematikan komputer anda sebelum ini.

Kad Video

Kad video menyediakan imej yang dilihat pada monitor. Kad video disambung pada monitor dengan menggunakan kabel VGA. Sesetengah kad video mempunyai dua sambungan monitor. Ini membolehkan pengguna menyambungkan dua monitor ke komputer, jadi desktop boleh dipaparkan di kedua-dua monitor untuk kebolehgunaan yang lebih baik.

Penutup

Terdapat banyak lagi bahagian komponen perkakasan komputer yang lain, namun yang disenaraikan di atas adalah komponen perkakasan yang penting sahaja. Komputer mestilah dijaga dengan baik agar dapat digunakan dengan lama kerana komputer merupakan sebuah mesin yang berharga.

Akhir kata, jika anda juga memerlukan servis untuk membetulkan komputer riba anda dan juga servis untuk membina website, jangan berasa segan silu untuk hubungi kami di talian +603 9544 1043 / +6019 60 555 60. Anda juga boleh kunjungi kami di website kami iaitu HSC Global Ventures